Mahkamah Tinggi Melaka menetapkan satu tarikh sebutan bagi membolehkan satu keputusan representasi yang dihantar oleh pihak peguambela dipertimbangkan oleh pejabat Timbalan Pendakwaraya.
Pihak peguambela yang turut mempersoalkan pemberian dokumen secara berasingan dan berturut-turut sehingga pada selepas beberapa tarikh bicara turut mendapat perhatian.
Atas beberapa isu yang dibangkitkan, pihak Mahkamah amat berharap satu keputusan boleh dicapai pada tarikh Sebutan berkenaan dan tarikh bicara boleh diputuskan sekiranya representasi ditolak oleh pihak Pendakwaan.


