Pegawai Kanan Polis Dibebaskan Daripada Tuduhan Mengambil Dadah

Petaling Jaya: Mahkamah hari ini memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan satu prima facie ke atas pertuduhan di bawah seksyen 15(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952 ke atas seorang pegawai kanan polis yang mana memutuskan membebaskan dan melepaskan Pegawai Kanan polis berkenaan tanpa dipanggil membela diri.

Dalam penghakiman ringkas yang dinyatakan, Mahkamah berpuashati terdapat percanggahan antara saksi pendakwaan yang mana sebenarnya membuat atau pegawai yang menyelia pengambilan sampel urine ke atas pegawai berkenaan.

Selain daripada itu, isu rantaian pembuktian ke atas sampel urine adalah terputus sebelum ia sampai kepada pegawai penyiasat yang turut gagal hadir ke Mahkamah setelah 3 tarikh sambung bicara ditetapkan. Begitu juga dengan ahli kimia. Tiada waran tangkap dimohon oleh pihak Pendakwaan kepada saksi penting berkenaan walaupun 3 tarikh sambung bicara gagal dihadiri oleh mereka.

Isu keselamatan dan prosedur penghantaran urin oleh SP2 juga dipertikaikan keselamatannya atas sebab cara pengendaliannya yang bukan seperti biasa.

OKT diwakili oleh Encik Hisham Nazir manakala pihak Pendakwaan diwakili oleh Puan Ruvena.

"All articles is related to our daily routine in Malaysian Court and the details will not provided. Shall not be use and/or copy any part of these articles without a consent by our office"

 
Powered by Written Submission