Rayuan Hukuman Mati Ditangguhkan

Putrajaya: Mahkamah Rayuan Malaysia hari ini menangguhkan satu pendengaran rayuan ke atas seorang pengawal keselamatan yang dijatuhkan hukuman mati atas pertuduhan seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya pada tahun 2007.

Beliau yang ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada tahun 2007 telah dijumpai beberapa bungkusan dadah yang ditampal disekitar badan beliau dan telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Mahkamah Rayuan bagaimanapun bersetuju dengan peguambela (Hisham Nazir & Co) apabila memaklumkan beberapa dokumen penting termasuk kertas pertuduhan dan ekshibit tidak dimasukkan di dalam Rekod Rayuan.

Satu penangguhan dibenarkan bagi membolehkan pihak-pihak dibekalkan sesalinan Rekod Rayuan Tambahan bagi kemudahan semua pihak.

Notis Usul bagi memfailkan Petisyen dikecualikan oleh Mahkamah Rayuan Malaysia.

"All articles is related to our daily routine in Malaysian Court and newsreel from local medias. The details will not provided. Shall not be use and/or copy any part of these articles without a consent by our office"
 
Powered by Written Submission